Saturday, December 20, 2008

Pilem Histeria


ok nk citer skeeett..smlm aku p OU ..jln punya jalan aku tgk sane sini asekk wat SALE jee.. ye la ujung taun..pastu christmas x lama lg lak tuu...tokey kedai pun nak kaut untung lbh nak tutup buku 2008 kott...pas penat jln n kenyang minum rootbear float kat A&W aku pun naik level 4 kat GSC tgk ade citer yg ngebest2 x..pastu nmpk la poster citer Histeria.. aku pun pe lagi p la beli tiket sbb aku mmg minat gilerr citer seram

ok aku nk share ngan korang lah yerr citer dia..

Ianya berlaku di salah sebuah asrama sekolah menengah. Ada 7 orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Malini, Murni, Maryam, Junita, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Pink Flamingo’,. Depa ni main spirit2 yg mcm kita main masa sekolah dulu la yg guna duit syiling tuu..tapi depa guna mentera yg depa amik dr tenet..depa menurun kat busut lama la..pastu pura2 terkena histeria, sampai panggey bomoh dtg tapi tindakan depa tu mengundang masalah lain apabila depa bertujuh dikenakan denda, membersihkan kawasan asrama n sekolah selama 3 ari masa cuti penggal. Depa ditempatkan di satu dorm lama yg menyeramkan. Ada seorang pelajar baru (Zeta) join depa. Sebelum Zeta diterima menjadi ahli Pink Flamingo, dia mesti diuji dulu, iaitu bermalam di sebuah makmal berhantu. Tujuh pelajar lain cuba menakut-nakutkan Zeta mlm tuu.

Tapi kejadian menakutkan betoi2 berlaku bila mcm2 perkara misteri dialami oleh depa semua. Ianya bermula selepas Junita mengambil “sesuatu” yang bukan milik dia. Junita telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok pelik. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa depa semua, Junita kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut dan serbuk darah. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan kolej tu. Ada yang mati ditusuk gunting, mati dlm bilik air.., dicekik leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni.

Bukti menunjukkan Murni adalah pembunuh kepada kwn2 dia yang lain, bermotifkan dendam sbb selalu kena buli. Dan Pakar Psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental. Tapi sebenarnya penunggu busut tu la yg bunuh kwn2 dia semua.. Penunggu tu dah dpt tuan baru iaitu Murni. Dulu tukang kebun tu la tuan penunggu tu laa..tapi bila murni dah baca mentera yg dia dpt dr tenet so secara otomatiknya Murni tu lah yg take over jd tuan dia...hehhehe.. . Sapa2 saja yg Murni x suka abih mati..

citer ni dlm klasifikasi U tapi aku rasa mcm kureng sesuai utk ditonton budak2 sbb ngeri sgt sehhh....

Antara pelakon filem Histeria:
1) Liyana Jasmay sebagai Murni
2) Scha (Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir – ‘antoo Fighter’) sebagai Alissa
3) Norisnainy (pendatang baru) sebagai Kerek
4) Ainul Aishah (pelakon ‘Nana Tanjung’) sebagai Marina
5) Yanna (Newcomer) sebagai Junita
6) Talya (pelakon series ‘bong’) sebagai Tini
7) Reana (pernah berlakon dalam filem Prof. Razak Mohaiden) sebagai Zeta
8) Adiputra sebagai En Helmi ( skandal Junita)
9) Kazar (pelakon drama Susuk) sebagai ‘tukang Kebun’
10)Vanida Imran sebagai ‘ustazah’
11)Adlin Aman Ramlie sebagai ‘cikgu Disiplin’
12) Adman Salleh sebagai Guru Besar
13) M. Rajoli sebagai Bomoh
14) Ramli Hassan (pelakon utama filem The Red Kebaya) sebagai Psychiatrist
15) Namron sebagai Police Detective


1 comments:

Alip~Ya~Alip said...

aku sumpah hang jadi set popcorn caramel dgn air kokak kolak pasai x hajak aku pi....hang memang!!!!